ADVERTISEMENTspot_img

Empat lelaki dicekup polis ketika leka judi laga ayam

TANGKAP… anggota polis menangkap beberapa ekor ayam yang digunakan sebagai pertaruhan judi laga ayam di kawasan hutan di Kampung Sungai Bangat, pada petang Jumaat.

LABUAN: Empat lelaki  dicekup polis kerana terlibat dalam kegiatan judi laga ayam (sabung ayam)  dalam  kawasan hutan di Kampung Sungai Bangat, dekat sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu,  tiga lelaki tempatan dan seorang warga asing  yang berusia antara antara 18 hingga 54 tahun ditahan oleh  sepasukan anggota polis dari Bahagian  Jabatan   Siasatan  Jenayah (JSJ)  menerusi Op Dadu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata  turut ditangkap dalam serbuan itu ialah 16 ekor ayam yang digunakan sebagai pertaruhan judi laga ayam (sabung ayam).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(S) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang jika sabit  kesalahan boleh didenda tidak kurang RM 20,000 dan tidak lebih RM 100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Farid berkata, pihaknya memandang serius penganjuran aktiviti perjudian itu dan akan mengambil tindakan yang keras ke atas penganjur dan pemain.

Justeru itu beliau menyeru kepada orang ramai sekiranya melihat dan mengetahui aktiviti tersebut agar menghubungi pihak polis bagi bersama-sama membenteras aktiviti berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN