26.6 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Empat individu di kompaun kerana tidak memakai pelitup muka

KETUA Polis Wilayah Persekutuan Labuan….. SUPT. Muhamad Farid Ahmad.


LABUAN: Empat individu warga tempatan yang membabitkan dua lelaki dan dua wanita di kompaun RM 1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, pada Jumaat.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua mereka di kompaun secara berasingan dan dua wanita yang dikompaun merupakan pekerja salah sebuah pusat snoker di pusat bandar.


|”Manakala dua lelaki yang dikenakan kompaun masing masing ketika berada dihadapan sebuah restoran dan seorang lagi dikompaun ketika berada di tempat parkir kenderaan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) dan seorang daripada mereka juga didapati merokok di kawasan awam” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.


Beliau berkata, kesemua individu yang berumur antara 17 hingga 35 tahun dikenakan kompaun atas kesalahan di bawah peraturan 11(1) Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No. 8) 2020.


Dalam perkembangn yang lain, Farid berkata pihak polis juga sedang melakukan siasatan mengenai satu berita palsu yang tular di media sosial selepas satu laporan polis telah dibuat oleh seorang Pengurus Pasaraya yang mendakwa berita palsu yang tular itu telah memberikan kesan perniagaan kepada pelanggannya.


Farid berkata, pengurus berkenaan telah menerima berita palsu tersebut yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp ketika berada di premis perniagaannya kira-kira jam 4.30 petang.


Antara kandungan berita palsu yang ditularkan di media sosial berkenaan berbunyi ”ada kluster baru, jgn jalan2 g savemore & sekitarnya, jgn jalan ke mari dlu, jgn pigi savemore, milimewa, klinik dr.tan, kluster baru labuan, kawasan merah ne, airport atm (maybank), milimewah, utama jaya, toto dpn terminal feri, BSN, restoran raff, jj nazar utama jaya dgn dekat bsn, pasar utc”.


Beliau berkata tindakan menyebarkan maklumat yang tidak sahih melalui media sosial boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam.


Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama 2 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.


Selain itu kes berkenaan juga turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN