ADVERTISEMENTspot_img

Lima beradik bersyukur, gembira tinggal rumah baharu

Gambar: SIAP..Bangunan  rumah yang baharu.

RANAU: Terpancar di wajah tanda kegembiraan dan rasa kesyukuran  anak pertama daripada lima beradik Anak Yatim Piatu, Joye Binti Jaimin 26, dari Kg.Tinaum  terletak kira-kira 50 kilometer dari pekan di sini, selepas menerima rumah baharu.

Joye yang terharu dengan bantuan itu merakam penghargaan dan ucapan terima kasi kepada Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin atas keprihatinannya  membantu membiayai kos pembelian peralatan penyiapan rumah baharu mereka.

Menurut Joye, rumah baharu itu menggantikan rumah usang milik penduduk tempat mereka adik-beradik tinggal bagi berteduh sebelum ini.

Rumah usang tempat berteduh lima beradik sebelum ini

“Saya mewakili adik-adik berterima kasih atas bantuan Datuk Jonathan menghulurkan sumbangan  membantu kami menyediakan rumah yang lebih selesa dan selamat tempat kami tinggal”, jelas Joye.

Penyiapan bangunan baharu itu atas bantuan tenaga 4 orang anggota Rela Ranau yang diketuai Ruhimin Bin Japar dengan kerjasama penduduk dan Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Sementara penyerahan kunci rumah yang sudah siap itu telah disempurnakan Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Julubin Bin Harun mewakili Datuk Jonathan  turut disaksikan Pengerusi JPKK Kg.Tinaum, Serium bersama beberapa orang penduduk.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN