26.7 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Elak perbezaan fahaman politik punca perpecahan dan jejas hubungan persaudaraan

KENANGAN…Jawatankuasa pelaksana Hari Sukan Negara peringkat Kg.Lukapon merakam gambar bersama Jonathan (lima kanan) dan para tetamu yang yang lain.

RANAU: Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, menyeru rakyat agar mengelakan perbezaan fahaman politik menjadi punca perpecahan dan menjejaskan hubungan persaudaraan dan perpaduan dikalangan mereka.

Menurutnya, berpolitik adalah dengan tujuan positif dan harus mengelakkan daripada faktor perpecahan dan merenggangkan hubungan silaturrahim dikalangan  penduduk.

“Kita tidak mahu kerana perbezaan dari segi politik ada diantara kita yang putus persaudaraan serta menjejaskan perpaduan dan keharmonian dikalangan penduduk”, jelas Jonathan ketika berucap pada majlis yang diadakan di Balai Raya sempena Hari Sukan Negara peringkat Kg.Lukapon di di sini pada Selasa.

Datuk Jonathan yang juga mantan Ahli Parlimen P.179 Ranau, menyeru penduduk supaya menjadikan program Hari Sukan Negara itu sebagai titian memupuk persaudaraan dan keharmonian dikalangan mereka tanpa mengira usia, fahaman politik, kaum dan perbezaan dari segi agama.

“Jadikan program seumpama ini sebagai landasan meningkatkan perpaduan sedia terjalin dikalangan kita.

“Meskipun Hari Sukan Negara yang diadakan serentak seluruh negara sudah berlalu, namun amat dialu-alukan diadakan berterusan diperingkat kampung bagi melahirkan warga desa yang sentiasa sihat fizikal dan cerdas minda”,tegas Jonathan sambil memuji usaha penduduk Kg.Lukapon kerana berjaya menganjurkan program tersebut yang perlu dicontohi  kampung yang lain.

“Kita perlu aktif bersukan demi kesihatan fizikal kita kerana kalau kita berdiam diri tanpa latihan tubuh badan, kita akan mudah dijangkiti penyakit”, tambah Jonathan.

Berucap sama ialah, Pengerusi JPKK Kg.Lukapon, Adzmin Bin Kamin mewakili penduduk merakam ucapan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan dan rombongan, sementara antara puluhan penduduk yang hadir ialah, Ketua Kampung Kg.Lukapon, Velentine George dan rombongan Staff Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Majlis bertambah  meriah dengan acara Cabutan Nombor Bertuah dan acara ‘Memotong Kek’ sambutan ‘Hari Jadi’ Datuk Jonathan  yang di kelolakan Jawatankuasa program tersebut.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN