Effatha dan Bianca (gambar atas: 2 dan 5 dari kiri)
RANAU: Dua peserta, adik Effatha Johnmy mewakili Sekolah Kebangsaan ST. Benedict dan Bianca Lourdes Kerry Wong dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Wen akan membawa cabaran Zon Pekan ke Pertandingan Dare to Spell Competition Peringkat Daerah Ranau yang dijangka akan diadakan pada 5 Ogos ini.
Pada Pertandingan Dare To Spell Competition Peringkat Zon Pekan anjuran Unit Kokurikulum, Bahasa Inggeris & English Club Sekolah Kebangsaan Pekan Dua Ranau baru-baru ini menyaksikan Effatha Johnmy muncul Johan, Bianca Lourdes Kerry Wong (Naib Johan), Muhd. Muaz Zainal (SK. Pekan/Ketiga) dan Nur Alya Sofia Nazri (SK. Pekan Dua/Keempat). Peserta lain yang turut menyertai pertandingan itu ialah Nur Alya Qaleesa Kadir (SK. Pekan Dua), Cristie Helen (SK. ST. Benedict), Bryce Sebastian Rubin (SJKC Pai Wen) dan Elmer Jay Jenius (SK. Pekan Ranau).
Menurut wakil Penyelaras English Club SK. Pekan Dua, Puan Jolinah Liman selaku pengelola bersama pertandingan tersebut, Dare to Spell merupakan satu pertandingan Bahasa Inggeris yang memberi fokus kepada ejaan huruf yang ada dalam perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Dare To Spell juga merupakan salah satu medium yang efektif dalam mencungkil bakat dan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
Hal ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah menggariskan sasaran yang perlu dicapai dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk Bahasa Inggeris. Antara salah satu matlamatnya adalah selepas enam tahun pembelajaran, para murid hendaklah berupaya untuk membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris untuk mendapatkan maklumat dan kesoronokan.