27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Duta China kecewa Sabah gantung penerbangan dari China

PUTRAJAYA– Duta China ke Malaysia, Bai Tian melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Sabah yang menggantung kesemua penerbangan masuk dari China.

Menurutnya, beliau percaya keputusan Sabah itu adalah kata putus kedua.

“Saya fikir apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana kerajaan atau organisasi dalam hubungan ini harus berasaskan asas yang kukuh,” katanya.

Bai Tian…(Kanan)

Beliau berharap keputusan tersebut tidak menjejaskan aktiviti perdagangan dan komersil antara kedua-dua negara.

“Saya kecewa dengan keputusan Kerajaan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas simboliknya penyerahan sarung tangan klinikal oleh 10 syarikat di sini hari ini.

IKLAN

Semalam, Sabah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.

Keputusan itu dibuat bagi mengurangkan risiko penyebaran koronavirus kepada rakyat oleh mana-mana individu pembawa wabak berkenaan. –Sumber Sinar Harian-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN