GAMBAR – Sonjah mewakili Robert menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Julianah
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Dua warga emas yang sakit terlantar iaitu Puan Katong binti Yubong dan Puan Juliana Abok masing-masing tinggal di Kampung Tuntumulud Bingkor dan Tangkongan Bingkor menerima sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan kepada Puan Katong disampaikan oleh Pengerusi JPKK Kampung Tuntumulud Puan Jennifer Epil mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.
Turut sama dalam ziarah itu, Ketua Daerah Bingkor Daniel.
Sementara itu sumbangan kepada Julianah disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Sonjah Junaidi
bersama pengerusi Kampung Tangkongan Pasius Udi mewakili Robert.
Selain menerima sumbangan kewangan, Julianah turut menerima kerusi roda.
Kedua-dua ahli keluarga terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Robert atas keprihatin beliau kepada insan yang memerlukan bantuan.



