31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

DUA WANITA CEDERA PARAH, KEMALANGAN MELIBATKAN 4 BUAH KENDERAAN DI RANAU

Lori treler dan kenderaan pacuan 4 roda antara yang terlibat kemalangan dekat Stesen Minyak Petronas, petang kemarin- foto netizen

RANAU: Dua cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan  di kilometer 1,  dekat Stesen Minyak Petronas, di sini pada petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib  berkata, mangsa yang parah, wanita berumur 51 tahun dan seorang lagi remaja perempuan 14 tahun. Manakala sembilan lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ridwan Mohd Taib, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau,

Menurut Ridwan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.44 petang dan mengerah jentera bersama 6 anggota diketuai komander operasi PBK II Becket Gumat ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari BBP Ranau, mendapati sebuah lori treler, dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dan Toyota SR serta sebuah  Proton Saga telah terlibat kemalangan,

“Bagaimanapun tiada operasi menyelamat dilakukan kerana mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital Ranau menggunakan ambulans sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin.

TERBALIK..Sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang terlibat kemalangan- foto netizen

Menurutnya lagi, pihaknya hanya mengambil maklumat di lokasi kejadian serta mencabut kepala bateri bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 7.10 malam,” jelas Ridwan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN