31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dua pesakit terima tongkat, kerusi roda dan bakul makanan sumbangan ADUN Bingkor

Haji Yazid menyampaikan sumbangan tongkat dan bakul makanan kepada Mohd Nazzry.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan tongkat dan bakul makanan kepada Mohd Nazrry Oto.

Mohd Nazzry mengalami patah kaki apabila tergelincir dan terjatuh setinggi 13 kaki ketika melakukan membaik pulih bumbung rumahnya.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles di rumah Mohd Nazzry di Kampung Kota Ayangan dekat sini.

Datuk Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) N.40 Bingkor yang bersimpati dengan kejadian itu mendoakan kepada Mohd Nazzry supaya dipermudahkan rawatan dan cepat sembuh.

Beliau juga berharap agar Mohd Nazzry dan  keluarganya bersabar dengan dugaan tersebut.

Sementara itu, Mohd Nazzry mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan Datuk Robert memberikan tongkat dan bakul makanan.

Katanya, dengan adanya tongkat tersebut dapatlah beliau menggunakan tongkat itu untuk bergerak. 

“Terima kasih Datuk atas pemberian tongkat ini” ujar Mohd Nazzry.

Turut bersama menghantar sumbangan tersebut adalah Pemaju Mukim Tuarid Taud Rahman Bidin.

Dalam perkembangan yang lain seorang warga emas Puan Bebe Duraman yang terlantar di rumah kediamannya di Kampung Gasabon Apin-Apin turut menerima sumbangan kebajikan sebuah  kerusi roda daripada Datuk Robert.

Sumbangan itu disampaikan oleh kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Roger Joanes.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN