33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua lelaki termasuk seorang remaja cedera dalam kemalangan

KINABATANGAN: Dua lelaki termasuk seorang remaja cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dekat sini pada malam hari Isnin.


Ketua Balai BBP Kinabatangan PPgB Nurul Azlan Shah bin Jamalludin memberitahu kejadian tersebut melibatkan dua mangsa yang berusia 16 dan 20 tahun.


Menurutnya, kejadian berlaku di Jalan Sukau Sekong Estet Kinabatangan kira-kira jam 9.00 malam.


ā€œKita menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 9.23 malam lalu menggegaskan sekumpulan anggota seramai lima orang diketuai saya sendiri bersama sebuah jentera FRT ke lokasi.


ā€œSetibanya di tempat kejadian yang terletak 17 kilometer dari Balai Kinabatangan itu, kita mendapati berlaku satu kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga melanggar tayar lori tanker yang sedang masuk ke simpang Estet Plantation.


ā€œTerdapat dua orang mangsa terlibat. Seorang daripada mangsa cedera berjaya keluar sendiri manakala seorang lagi tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas kemudian diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya,ā€ katanya.


Menurut Nurul Azlan, pasukan Bomba membuat pemeriksaan dan memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 11.27 malam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN