31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dua lelaki tempatan ditahan kerana ingkar PKP

Polis tidak akan berkompromi terhadap individu yang melanggar PKP Tahap 2.

SUPT. Muhamad Farid Ahmad

Oleh: JD

LABUAN: Polis di sini menahan dua lelaki tempatan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melepak di kawasan awam sambil minum minuman keras.


Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kedua lelaki berkenaan yang berumur 20an ditahan oleh anggota polis yang sedang melakukan pemantauan PKP Tahap 2, di Taman Perumahan Mutiara, Bebuloh kira-kira jam 2.55 pagi pada Ahad.


“Pihak polis yang sedang melakukan pemantauan PKP telah menahan dua lelaki tempatan yang sedang melepak tanpa memberikan alasan yang munasabah dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka hanya duduk melepak sambil meminum minuman keras” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan kerana melanggar PKP Tahap 2 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) (No.2) 2020.


Selain itu, kedua-dua suspek juga turut disiasat di bawah Sekyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan sebarang perbuatan yang dilakukan yang memungkinkan merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa.


Jika sabit kesalahan kedua-dua boleh di denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


“Pihak polis tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana individu yang melanggar perintah PKP Tahap 2 dan akan mengambil tindakan yang lebih tegas bagi memastikan orang ramai terus mematuhi arahan PKP” katanya.


Beliau berkata sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu, polis Labuan telah menahan seramai 13 orang kerana ingkar PKP dan 9 daripadanya telahpun dituduh dimahkamah. –TAMAT


SUPT. Muhamad Farid Ahmad… Polis tidak akan berkompromi terhadap individu yang melanggar PKP Tahap 2.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN