ADVERTISEMENTspot_img

Dua lelaki tempatan dijatuhi penjara tiga bulan atas kesalahan angkut minuman keras tanpa cukai.

Gagal bayar denda dua lelaki tempatan kena penjara tiga bulan.

LABUAN: Dua lelaki tempatan dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Labuan selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang kerana kesalahan mengangkut minuman keras tidak berkastam.

Tertuduh, 32 dan 25 tahun, mengaku bersalah mengangkut 86 botol minuman keras tanpa pengikraran dan tidak menjelaskan duti import.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan, Aspalila Ag. Tuah berkata, kedua-dua lelaki berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan mengangkut 86 botol minuman keras pelbagai jenama dari Labuan ke Kawasan Utama Kastam (KUK) tanpa membuat pengikraran kastam serta tidak menjelaskan duti import.

Menurutnya, kesalahan itu dilakukan bertentangan dengan peruntukan Akta Kastam 1967 dan mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman denda RM10,000 setiap seorang. Bagaimanapun, selepas gagal membayar denda berkenaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mahkamah turut memerintahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan dalam cubaan penyeludupan itu dilucutkan hak kepada JKDM mengikut Seksyen 127(1) Akta Kastam 1967.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN