25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua lelaki ditahan curi kabel Telekom, positif dadah di Kundasang

DITAHAN…Suspek yang berjaya ditahan anggota Pollis IPD Ranau di Kundasang pada Selasa.- foto IPD Ranau


RANAU: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia (TM) dalam satu operasi penguatkuasaan trafik di Pekan Kundasang, pagi tadi.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Polis Daerah Ranau memaklumkan, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi apabila sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ranau menahan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut membawa kepada penemuan sejumlah kabel dipercayai milik TM yang disyaki dicuri,” kata kenyataan itu.

RAMPAS…Kabel yang dicuri termamsuk beberapa alat yang diggunakan oleh suspek untuk mencuri kabel di daerah Ranau – foto IPD Ranau



Kedua-dua suspek lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ranau untuk siasatan lanjut.

Menurut kenyataan itu, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti lokasi sebenar kejadian kecurian kabel tersebut serta kemungkinan penglibatan suspek dalam kes-kes lain di daerah ini.

Pihak polis turut menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan, terutamanya melibatkan kecurian aset awam, bagi membantu usaha membanteras jenayah di Ranau.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN