25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua keluarga mangsa kebakaran rumah terima bantuan Musibah MAIWP

SERAH…. Saifuddin menyerahkan bantuan musibah kepada Sulaiman Yunus di Kampung Lajau.


LABUAN: Dua buah keluarga kebakaran rumah berasingan menerima bantuan musibah wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan yang diadakan baru-baru ini.
Majlis penyerahan disampaikan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ahmad Saifuddin Md Tahir ketika membuat lawatan ke lokasi tempat kejadian masing masing di Simpang 10, Kampung Lajau dan di Blok 22, Taman Perumahan Mutiara, Sungai Bedaun.


Dua buah keluarga yang menerima bantuan musibah itu terdiri daripada keluarga Sulaiman Yunus yang menerima RM3,000 dan keluarga Atim Ibrahim menerima RM3,750.


Menurut Ahmad Saifuddin sumbangan itu bagi meringankan beban kedua-dua ahli keluarga yang ditimpa musibah.


Sulaiman Yunus bersama 3 lagi ahli keluarganya sehelai sepinggang apabila rumah papan mereka di Kampung Lajau musnah sama sekali di jilat api dalam satu kebakaran awal pagi pada 7 Julai lalu.


Manakala keluarga Atim Ibrahim bersama tujuh lagi ahli keluarganya turut kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka di Taman Perumahan Mutiara Sungai Bedaun musnah terbakar kirakira jam 4 pagi pada 5 Julai lalu.


Selain, itu MAIWP Labuan juga turut menyampaikan bantuan asnaf kepada Mirwan Ahmad di Kampung Ganggarak yang mengidap pelbagai penyakit kronik seperti buah pinggang bermasalah, kencing manis dan asma.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN