29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua individu memerlukan bantuan, dapat perhatian ADUN Bingkor

Robert (dua dari kanan)semasa mengadakan pertemuan dengan keluarga Rachel.

KENINGAU: Rachel Julie Benedic yang sedang menerima rawatan dan pembedahan dibahagian kepala di Hospital Kuala Lumpur mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan kepada Caroline Stephen Basil iaitu ibu kepada Rachel bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Semasa mengadakan pertemuan dengan keluarga Rachel, Robert berharap agar segala urusan dan rawatan dipermudahkan.

Beliau juga turut mendoakan agar Rachel cepat sembuh dan pulih sepenuhnya.

Sementara itu wakil rakyat Bingkor itu menyampaikan sumbangan kewangan kepada Adik Daviedoff Dua @ Daud dari Kampung Binaong Bingkor yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam program pengajian ijazah Sarjana Muda.

Tinus (baju merah)mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Daud.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Pembangunan Masyarakat (CDO)Bingkor Tinus Majip kepada  Daud Dalinus bapa Daviedoff

Menurut Dalinus, sumbangan ini  diperlu untuk kos saradiri semasa memasuki kampus sementara menunggu kelulusan pembiayaan dari agensi berkaitan.

“Bagi pihak keluarga, saya berterima kasih kepada Robert atas sumbangan dan  keprihatinan beliau” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN