22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Dua buah rumah musnah terbakar di Labuan

Keadaan rumah yang terbakar

LABUAN: Dua buah rumah separuh kekal musnah 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Gersik Baru di sini, pada Jumaat,

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11 pagi, bagaimanapun tiada mangsa yang cedera atau terkorban.

Jabatan Bomba dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.25 pagi

Berikutan laporan itu, seramai 24 anggota bomba bersama lima buah jentera masing masing dari Balai Bomba Labuan Sentral, Balai Bomba Rancha Rancha dan Balai Bomba Layangan bergegas ketempat kejadian.

Turut membantu dalam operasi tersebut, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gersik, PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan SESB.

Kejadian kebakaran berjaya dikawal kira-kira 12.04 tengah hari dan operasi ditamatkan pada 2.17 petang.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasstan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN