ADVERTISEMENTspot_img

Dr. Zaliha lancar Inisiatif ‘Cashless Society’ dan Kempen Internet Selamat peringkat Labuan.

Dr. Zaliha bersama Haji Faissl (barisan tengah belakang) ketika melancarkan Cashless Society dan Kempen Internet Selamat peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa melancarkan Inisiatif’ Cashless Society’ dan Kempen Internet Selamat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis pelancaran telah diadakan di ruruai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyertai program Borneo Flora Festival@Labuan 2025 di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengarah SKMM, Hsji Faisal Hamdi Mohammed Ghouth.

Pelancaran itu merupakan simbol komitmen kerajaan dalam memperkasa agenda transformasi digital serta memperkukuh amalan keselamatan internet dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif ini juga uga adalah sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif ‘Smart Labuan’ dan Rangka Kerja Keselamatan Dalam Talian yang memberi tumpuan kepada pembentukan sebuah ekosistem digital yang inklusif, pintar, selamat dan mampan.

Sementara itu, MCMC dalam satu kenyataan berkata, insiatif ‘Cashless Society’ merupakan usaha nasional berimpak tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital melalui galakan penggunaan pembayaran tanpa tunai seperti e-dompet, kod QR, DuitNow, kad debit dan kredit serta perbankan mudah alih.

Manakala, Kempen Internet Selamat ialah inisiatif nasional yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan keupayaan rakyat Malaysia dalam menangani isu keselamatan internet seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian digital dan kandungan penderaan seksual

Penglibatan aktif MCMC membuktikan sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan dalam membina komuniti digital yang mampan, progresif dan menyeluruh di Wilayah Persekutuan.

Tamat

Gambar: Dr. Zaliha bersama Hsji Faissl (barisan tengah belakang) ketika melancarkan Cashless Society dan Kempen Internet Selamat peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

IDr. Zaliha lancar Inisiatif ‘Cashless Society’ dan Kempen Internet Selamat peringkat Labuan.
.
Oleh: Jainudin Djimin

Labuan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa melancarkan Inisiatif’ Cashless Society’ dan Kempen Internet Selamat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis pelancaran telah diadakan di ruruai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyertai program Borneo Flora Festival@Labuan 2025 di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengarah SKMM, Hsji Faisal Hamdi Mohammed Ghouth.

Pelancaran itu merupakan simbol komitmen kerajaan dalam memperkasa agenda transformasi digital serta memperkukuh amalan keselamatan internet dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif ini juga uga adalah sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif ‘Smart Labuan’ dan Rangka Kerja Keselamatan Dalam Talian yang memberi tumpuan kepada pembentukan sebuah ekosistem digital yang inklusif, pintar, selamat dan mampan.

Sementara itu, MCMC dalam satu kenyataan berkata, insiatif ‘Cashless Society’ merupakan usaha nasional berimpak tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital melalui galakan penggunaan pembayaran tanpa tunai seperti e-dompet, kod QR, DuitNow, kad debit dan kredit serta perbankan mudah alih.

Manakala, Kempen Internet Selamat ialah inisiatif nasional yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan keupayaan rakyat Malaysia dalam menangani isu keselamatan internet seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian digital dan kandungan penderaan seksual

Penglibatan aktif MCMC membuktikan sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan dalam membina komuniti digital yang mampan, progresif dan menyeluruh di Wilayah Persekutuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN