AMANAT…Dr.Zaliha ketika menyampaikan amanat kepada warga kerja Kementerian Komonikasi Wilayah Persekutuan Labuan
LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkesempatan menyantuni warga kerja Kementerian Komunikasi di Kompleks Kementerian Komunikasi Wilayah Persekutuan Labuan sempena lawatan kerja beliau ke sini baru baru ini.
Kompleks Kementerian Komunikasi (KKM) Wilayah Persekutuan Labuan yang terletak di Jalan Tanjung Taras menempatkan Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia dan Pejabat Ketua Biro BERNAMA.
Kehadiran Menteri yang bertanggungjawab menjaga Wilayah Persekutuan itu disambut oleh Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan dan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Sidek.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Taib.
Pada pertemuan itu, Dr Zaliha telah menekankan kepada jentera penggerak Komonikasi bahawa penyampaian maklumat adalah antara perkara yang amat penting yang perlu diketahui oleh rakyat khususnya mengenai dasar dasar kerajaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan MADANI.
“Selain itu, Kerajaan Madani dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi fokus dan tumpuan yang khusus kepada penduduk Labuan berbanding dengan kerajaan yang terdahulu” katanya ketika menyampaikan amanat pada pertemuan itu.
Terdahulu sebelum itu beliau menghadiri Program ‘Bual Bicara YB’ di konti Labuanfm.
Selain menyantuni warga kerja Kementerian Komonikasi, beliau juga telah mengadakan perjumpaan dengan delegasi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Wong Kii Yii.
Beliau juga turut menghadiri program Bicara Kepimpinan MADANI yang dikendalikan oleh penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Belia pada Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar MADANI 2024, Mohamathir Malik.