27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dr Zaliha komited tangani masalah  penduduk Labuan

Dr. Zaliha ketika sesi Temu Rapat bersama warga Labuan.

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)  yang bertanggungjawab menjaga hal  Dr Zaliha Mustafa komited untuk menangani masalah yang dihadapi  penduduk Labuan.

Beliau bertekad untuk  menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi warga Labuan selain berusaha untuk meningkatkan  kualiti kehidupan warga Labuan khususnya dalam aspek fizikal, pembangunan sosio ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya telah mendengar dan menyelami denyut nadi warga Labuan yang terkesan dengan pelbagai isu terutamanya  kos sara hidup yang tinggi serta tahap kemudahan kesihatan yang masih rendah dan juga isu pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Temu–Rapat  Dr Zaliha Edisi Labuan yang diadakan di Dewan Utama Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS), di sini pada Ahad.

Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni itu telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK), Dewan Dewan Perniagaan, peniaga Industri  Kecil dan Sderhana (IKS) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dr Zaliha bergambar kenangan bersama pemimpin pada sesi Temu-Rapat Dr Zaliha Edisi Labuan di dewan Sekolah Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.

Program anjuran Perbadanan Labuan itu antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada Dr Zaliha mendengar pandangan, aspirasi dan isu isu yang dibangkitkan oleh warga Labuan  secara bersemuka.

Selain itu, ia juga  sebagai platform menteri (Dr. Zaliha) mempereratkan hubungan   bersama rakyat dan pada waktu yang sama memberi respon mengenai isu isu yang perlu diambil perhatian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir, Setiausaha Politik, Perdana Menteri, Datuk Azman Haji Abidin, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN