ADVERTISEMENTspot_img

Dr.Maximus adakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri

Dr.Joachim (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili di pejabatnya hari ini.

Kota Kinabalu: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam di Wisma Kewangan di Kota Kinabalu, hari ini.

Kunjungan hormat turut dihadiri oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Christopher Mandut, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian serta timbalan, Thomas Logijin dan Tseu Kei Yue, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Invest Berhad, Datuk Madiyem Layapan dan pegawai lain.

Dr. Joachim memberikan taklimat mengenai fungsi dan aktiviti di bawah Kementeriannya, termasuk Taman Perindustrian Sabah (KKIP), Kelompokan Industri Minyak Sawit (POIC), Taman Industri Gas dan Minyak Sawit Sipitang (SOGIP), Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan (DIDR) dan Sabah Invest Berhad yang baru ditubuhkan selain perkara berkaitan keusahawanan.

Dr. Joachim berharap Dr. Maximus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan memberikan sokongan padu kementeriannya dalam usaha mendapat lebih peruntukan dari Kerajaan Persekutuan terutama sekali dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur (jalan raya, elektrik dan air) di tiga Taman Perindustrian di Sabah.

Sementara itu, Dr. Maximus akan melihat dengan lebih terperinci isu-isu berbangkit dan akan berbincang lebih lanjut mengenainya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN