Joachim (tiga dari kanan) menerima cendera mata darıpada Jonnybone
TELUPID, 7 Julai, 2024: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru semua ahli parti untuk terus maju ke hadapan.
Katanya, perjuangan parti untuk rakyat dan negeri masih jauh dan sekaligus menuntut semua ahli parti untuk terus bergerak ke hadapan.
Beliau membuat seruan ini ketika menyempurnakan dua Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian N.49 Labuk dan N.47 Telupid yang diadakan secara berasingan kelmarin.
Pada AGM PBS Bahagian N.49 Labuk yang diadakan Dewan Serbaguna Beluran pada sebelah pagi, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II turut menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh Pejuang Sepanjang Zaman daripada wakil empat etnik dalam daerah Beluran iaitu Kadazandusun, Tidung, Bajau Samah dan Sungai kepada mantan Ketua Bahagian yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Seri Michael Asang.
Antara yang hadir ADUN Labuk, Datuk Samad Jambri; Pengerusi Penganjur AGM PBS Bahagian Labuk, Mirsoh Ampak; Ketua Bahagian PBS Labuk, Zamil Ismail; Ketua Pergerakan Pemuda PBS Pusat, Dr. Christoper Mandut, serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi PBS, Exco-exco Wanita dan Pemuda.
Pada sebelah petang, Dr. Joachim telah merasmikan AGM di Dewan Serbaguna Telupid.
Beliau berkata, PBS akan mempertahankan kerusi DUN Telupid pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -17, di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dr. Joachim turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua cawangan yang berjaya mengadakan mesyuarat dan seterusnya di peringkat bahagian.
Hadir sama pada AGM PBS Bahagian Telupid ialah, Ketua Bahagian PBS Telupid yang ADUN Telupid, Datuk Dr. Jonnybone Kurum; Pengerusi Penganjur yang juga Penyelia Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.47 Telupid, Levi Philip; Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun, Penasihat Perdana, Datuk Seri Michael Asang; Ketua Pergerakan Pemuda PBS Pusat, Dr. Christoper Mandut; Ahli-ahli Majlis Tertinggi PBS serta Ketua-ketua Bahagian, Exco-exco Pemuda dan Wanita.
Turut diadakan ialah Malam Bersatu sebagai penutup tirai program.