Jeffrey (kedua dari kanan) diberitaklimat ringkas oleh Guru Besar SK Bunsit Joel Timbun.
KENINGAU: Sekolah Kebangsaan Bunsit Bingkor yang terletak di Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor amat bertuah apabila Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 Merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Parlimen P180 Keningau dan ADUN N39 Tambunan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan membuat kunjungan ke Sekolah itu baru baru ini.
Ketibaannya telah disambut oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik@Nordin, Guru Besar SK Bunsit Joel Timbun, dua bekas Guru Besar Sekolah tersebut iaitu Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @Charles selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor dan Puan Rozainie Phyllis Hj Mohd Hasnan Tawik.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG) Sekolah itu Puan Beatrice Abbie dan AJK PIBG serta beberapa orang guru Sekolah itu.
Dr Jeffrey pernah menjadikan sekolah ini senagai anak angkat pada tahun 2003 ketika Guru Besar waktu itu Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles.
Dalam kunjungan itu Dr Jeffrey telah dibawa melawat persekitaran Sekolah itu khususnya bangunan yang telah beliau sumbangan pada tahun 2003.
Guru Besar Sekolah itu Joel telah memberi sedikit taklimat kepada Dr Jeffrey tentang perkembangan Sekolah itu.
Yazid ketika ditemui oleh media, menyifatkan Dr Jeffrey begitu dekat dihati Masyarakat di DUN Bingkor
Dengan adanya kunjungan beliau ke Sekolah itu, ianya pasti akan menyuntik semangat kepada warga guru di sekolah itu untuk memberi Khidmat yang cemerlang dalam Pembangunan Pendidikan di sekolah tersebut, ujur Yazid.
Jelasnya lagi, ini juga betanda sokongan dan keprihatinan Ahli Parlimen Keningau itu bukan saja untuk Sekolah yang dikunjunginya tetapi kepada Sekolah Sekolah di daerah Keningau.
Sementara itu Pengerusi PIBG Sekolah itu Puan Beatrice Abbie dan Guru Besar Sekolah itu mengucapkan terima kasih kepada Dr Jeffrey atas kesediaan berkunjung ke sekolah tersebut.
Menurut Guru Besar Sekolah itu, sekolah ini akan terus menjadi anak angkat Ahli Parlimen P180 Keningau Dr Jeffrey.



