28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dr. Fary, Niswati antara enam individu Labuan terima pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021

Dr, Fary Akmal Osman dan Hajah Niswati Tarji

LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr, Fary Akmal Osman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Labuan yang juga Ahli Kelab Sukarelawan Komuniti Labuan, Hajah Niswati Tarji adalah antara enam individu dari Wilayah Persekutuan Labuan yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Kedua dua mereka dianugerahkan Pingat Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Empat lagi individu lain yang menerima penganugerahan itu ialah Pengarah Bahagian Penilaian Harta Perbandanan Labuan, Gilbert Chin  yang menerima pingat  Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), Mazalan Hassin (Perbadanan Labuan) dan  Wahid Musa (Koperasi Kesihatan Labuan Berhad) masing masing menerima Pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW).

Turut menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PMW) pada tahun ini ialah pegawai  di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan, Lim Gok Heng.

Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan media sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 berkata, Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah  berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada seramai 335 individu yang melibatkan pelbagai latar belakang.

Beliau berkata daripada 355 penerima itu, enam daripadanya dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) dan 23 individu menerima Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Seri Mahkota Wilayah  (SMW) yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk Seri.

Manakala  81 individu menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga  iaitu Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara 49 individu  dianugerahi Darjah Kebesaran  Pangkat Keempat iaitu Johan Mangku Wilayah (JMW), 76 individu menerima Pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 31 individu menerima Pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW)  dan 68 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota  Wilayah (PPW).

Annuar berkata, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2021 sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID 19 dan akan dimaklumkan kepada para penerima kelak.

TAMAT

GAMBAR:

1.Dr, Fary Akmal Osman

2.Hajah Niswati Tarji

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN