31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Disyaki pengedar dadah, empat lelaki warga asing dicekup

Warga asing yang telah ditahan bersama dengan bahan bukti.

KENINGAU:Empat lelaki warga asing dicekup sepasukan polis kerana disyaki mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kasim berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah,  Sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJN) IPD Keningau telah berjaya menahan empat lelaki warga asing di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pandiwan Nabawan. 

Katanya, hasil pemeriksaan badan dan di ruang tamu rumah tersebut telah menemui satu kotak rokok dan di dalamnya berisi satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan hablur jernih disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine (A/B 50.48 gram). 

“Kesemua saspek telah ditangkap dan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Narkotik IPD Keningau untuk tujuan saringan ujian air kencing dan didapati tiga suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN