27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Diharapkan Tiada Spekulasi Dan Berita Palsu Berkenaan Dos Penggalak.

KENINGAU: Golongan antivaksin dan orang ramai diharapkan tidak membuat spekulasi dan berita palsu berkenaan vaksin dos penggalak yang mula diberikan di negeri ini.

Naib Ketua Armada BERSATU Sabah, Rafie Robert berkata, seruan tersebut adalah bagi membantu barisan hadapan agar urusan pemberian Vaksin Dos Penggalak dapat berjalan dengan lancar dan urusan mereka dipermudahkan.

Beliau yang juga Ketua Armada BERSATU Bahagian Keningau berkata, golongan berhaluan kiri itu diharap tidak mempengaruhi orang lain dengan pandangan dan pendapat peribadi mereka, kerana ianya mampu memperlahankan usaha kerajaan untuk memulihkan negara melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mereka akan sering muncul dengan sudut pandangan yang negatif dan mencari sumber untuk menyokong kenyataan negatif mereka tersebut dan menafikan kenyataan yang benar.

“Golongan antivaksin ini bukan hanya ada di negara ini tetapi juga terdapat di seluruh dunia tanpa mengira agama dan kaum khususnya negara yang mengamalkan kebebasan bersuara.

“Oleh itu, diharapkan dengan bermulanya usaha pemberian dos penggalak di negeri ini, golongan ini tidak muncul dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas, spekulasi dan berita palsu,” jelasnya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu bermula pada Rabu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah menjadi individu pertama menerima dos penggalak di negeri ini, dan seterusnya bermulanya usaha pemberian dos penggalak kepada masyarakat negeri ini.

Seperti yang dimaklumkan, seramai 253,953 orang individu yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko layak menerima dos penggalak di Sabah.

Dos penggalak tersebut diberi secara percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan ia akan diperluaskan kepada individu yang secara sukarela ingin mengambil dos penggalak dengan syarat mereka mesti lengkap divaksin atau pemberian dos kedua sudah lebih enam bulan.

Pada masa kini juga Kementerian Kesihatan memberi keutamaan pemberian vaksin itu kepada penerima vaksin Pfizer-BioNTeach atau Comirnaty.

Walaupun, pengambilan dos penggalak itu juga adalah cuma pilihan namun, ia sangat digalakkan bagi memastikan penerimanya mendapat perlindungan optimum.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN