26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dewan Serbaguna PL diguna semula sebagai Pusat Kuarantin, susulan peningkatan mendadak kes positif

PERSIAPAN…. petugas dan sukarelawan sibuk menyiapkan persediaan PKRC  Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan (PL) diguna semula sebagai Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC) kedua  susulan kes positif COVID 19 meningkat secara mendadak sejak beberapa hari yang lalu.

Dewan Serbaguna  PL yang sebelum ini digunakan sebagai salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpaksa dipindahkan ke dewan JKR yang akan beroperasi esok (Sabtu).

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail berkata  JBPD Labuan telahpun mengambil keputusan untuk mengunakan  semula  Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan sebagai PKRC  bagi menampung peningkatan jumlah pesakit COVID 19 yang menjalani kuarantin.

RITHUAN Ismail…. Pengerusi JBPD Labuan

“Labuan yang turut mengalami peningkatan  dari satu digit kepada dua digit  dan dijangka angka itu akan terus meningkat  dalam tempoh seminggu ini, maka JPBD Labuan telah mengambil  keputusan untuk  menggunakan semula Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan sebagai pusat kuarantin yang baharu bermula pada petang ini (Jumaat)” katanya kepada media selepas meninjau persiapan  terakhir PKRC  Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pagi tadi.

Beliau berkata pusat PKRC Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan yang menjadi PKRC kedua selepas PKRC Sungai Lada (Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) mempunyai kapasiti 150 katil.

Beliau berkata, pembukaan semula PKRC Dewan Serbaguna Labuan adalah disebabkan PKRC Sungai Lada yang baharu dibuka sejak tiga hari lalu  telah pun  mencapai  85 peratus penggunaanya dan ia dijangka akan penuh 100 peratus pada hujung  minggu ini.

 Selain itu katanya, satu lagi PKRC yang ditempatkan di Hospital Labuan dengan kapasiti 50 katil telah pun mencapai 100 peratus penggunaannya.

Beliau berkata secara keseluruhannya PKRC yang  membabitkan Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan,  Sungai Lada dan  Hospital Labuan boleh menampung kapasiti sehingga 300 katil.

Untuk rekod Labuan semalam (Khamis) merekodkan 17 kes  menjadikan kumalatif kes  kepada 2,544 kes  dengan kemunculan  satu kluster  baharu iaitu Kluster Vitoria Merdeka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN