Jimmy (kelima kiri) menyerahkan mok cek kepada Jumain sambil diperhati oleh Phoong dan lain-lain
RANAU: Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Sabah dan Persatuan Hakka Ranau telah memberikan sumbangan sebanyak RM63,000 kepada Tabung Bencana Banjir Ranau di sini pada Sabtu.
Sumbangan yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Hakka Ranau diterima Pegawai Daerah, Jumain Abd Ghani dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Industri Sabah, Phoong Jin Tze.
Penyerahan tersebut dibuat sempena Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Cina Sabah sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hakka, Ranau di sini pada Sabtu.
Tabung Bencana Banjir Ranau turut dilancarkan dalam program itu bertujuan mengutip derma orang ramai bagi tujuan membantu mereka yang terjejas akibat banjir kilat dan tanah runtuh di daerah ini baru-baru ini.
Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia, Ketua Polis Ranau, DSP Simiun Lomudin antara lain.
Dalam ucapannyq, Jimmy mengucapka. Terimakasih kepada Phoong atas kesudian mewakili YAB Datuk seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah untuk menyempurnakan Upacara majlis itu.
“Untuk makluman bersama, ini merupakan tahun kedua kita menyambut kedua-dua majlis ini dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri.
“Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Hajiji, Sentiasa menyantuni kepelbagaian etnik, budaya dan agama Masyarakat Sabah,” katanya.
Perkongsian juga diberikan oleh Tham bahawa mengikut Calender Lunar, tahun ini merupakan kedatangan Tahun arnab, di mana ini membawa kepada satu pengertian yang cukup besar untuk semua.

Jimmy menyerahkan cenderahati kepada Phoong sambil diperhatikan oleh yang lain.
“Semoga Tahun ini akan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih baik dari segi kesihatan, Kemakmuran dan juga kemajuan ekonomi.
“Di kesempatan ini, saya mewakili masyarakat Tiong Hua Ranau mengucapkan takziah kepada mangsa-Mangsa banjir Ranau baru-baru ini. Diakui bukan mudah untuk menghadapi bencana banjir ini.
“Dengan ini untuk meringankan beban mangsa banjir kami telah melancarkan tabung Bantuan Bencana Banjir Ranau, semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir Ranau,” katanya.
Tham turut menyeru kepada semua agar teruskan sokongan mereka kepada barisan kepimpinan di bawah Hajiji, kerana beliau yakin dan pasti Ketua Menteri mempunyai misi yang besar untuk membangunkan Negeri Sabah ke arah negeri yang maju dan sudah tentunya memerlukan sokongan dari semua.