Datuk Wong Kii Yii
LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) merayu kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) supaya jawatan Rithuan Mohd Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan disambung semula.
Presidennya, Datuk Wong Kii Yii berkata, pihaknya bersama sama beberapa Dewan Dewan Perniagaan lain termasuk masyarakat setempat mahu Menteri di Jabatan Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa mempertimbangkan semula jawatan Rithuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang tamat pada 30 September lalu disambung semula.
Ini kerana, Rithuan merupakan anak jati tempatan yang telah berjaya memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada ahli ahli perniagaan tetapi juga kepada masyarakat Labuan yang menyenangi sikap beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.
“Kami merayu supaya Dr. Zaliha sebagai Menteri yang menjaga Hal ehwal Wilayah Persekutuan supaya keputusan tidak nemperbaharui kontrak Rithuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan di kaji semula”,katanya dalam satu keyataan media disini kelmarin.
Wong Kii Yii berkata, Dr Zaliha yang baru setahun memeggang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung Jawab menjaga Wilayah Persekutuan termasuk Wilayah Persekutuan Labuan tentunya belum memahami sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Rithuan dalam memenuhi tuntutan Jabatan Wilayah Persekutuan melaksanakan amanah yang di berikan, namun bagi masyarakat Labuan beliau sudah pun membuktikan sebagai individu yang berpengalaman dalam usaha beliau membawa Labuan ke peringkat yang lebih tinggi.
Justeru itu Wong menyeru Dr Zaliha supaya memberi peluang kepada Rithuan untuk menjawat semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan untuk tempoh dua tahun lagi.
Rithuan Mohd Ismail, 56 dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa pada 1 Oktober 3022 hingga 30 September.
Bagaimanapun pada 30 September lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha telah memaklumkan kepada Rithuan bahawa perkhidmatan beliau tidak disambung semula.
Sementara itu, warga Labuan khususnya Penduduk tempatan menzahirkan kekecewaan apabila Rithuan yang menjadi anak tempatan pertama dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan tidak di beri peluang meneruskan perancangannya untuk memajukan Labuan.