26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan adakan lawatan amal sempena Tahun Baru Cina

Leong Chee Min menyampaikan limau dan angpau kepada Dr. Sheikh Shariman bin Sheikh Aminuddin.

NABAWAN:Dewan Perniagaan Tiong Hua Daerah Nabawan telah mengadakan lawatan amal di Klinik Kesihatan Nabawan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 pada Khamis lepas.

Pada lawatan amal itu rombongan Dewan Pernigaan itu telah menyampaikan limau Mandarin dan angpau Tahun Baru Cina kepada Pegawai Perubatan dan staf Klinik Kesihatan Nabawan.

Turut menerima sumbangan limau Mandarin Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan Kapitan Ng Nai Yung disertai oleh Timbalan Pengerusinya Kow Lap Hee, Setiausaha Tieng King Pek, Bendahari Leong Chee Min dan beberapa AJK Dewan Perniagaan tersebut.

Ng Nai Yung memyampaikan sumbangan limau kepada Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu.

Menurut Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan Ng Nai Yung, lawatan amal seumpama ini diadakan setia tahun pada sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya, ia bertujuan menyantuni Pegawai Perubatan dan staf di Kilinik berkenaan yang berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas.

“Sumbangan limau dan angpau yang kita sampaikan bukan diukur daripada nilainya tetapi ia merupakan amalan tradisi kaum Tiong Hua pada setiap sambutan Tahun Baru Cina sebagai satu ingatan disamping mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini” katanya kepada media selepas program itu.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil dan Ketua Balai Polis Nabawan Sarjan Mejar Jumati Bin Masih.

Terdahulu Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Nabawan, Dr. Sheikh Shariman bin Sheikh Aminuddin yang menerima sumbangan itu menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan Dewan Perniagaan Tiong Hua Nabawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN