30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dewan Perniagaan India Labuan agih makanan tengah hari untuk petugas barisan hadapan COVID 19

LABUAN:Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan menyumbang sebanyak 200 bungkus nasi briyani ayam untuk juadah makan tengah hari petugas barisan hadapan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) COVID 19 yang diadakan di Wisma Perbadanan Labuan, pada Khamis.

Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan, Datuk Dhalip Singh kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi.

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Asharey Matarsad.

Terdahulu sebelum itu, pada Selasa, Pejabat Ahli Parlimen Labuan turut menyalurkan sebanyak 200 bungkus juadah juga berupa nasi briyani daging dan 100 kotak air mineral kepada pusat itu.

SUMBANGAN….. Rozman (dua dari kiri) menyerahkan  makanan tengah hari nasi briyani  sumbangan  Pejabat Ahli Parlimen Labuan kepada wakil PKOB, pada Selasa lalu

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli kepada wakil PKOB, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Ansharey Matarsad dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan,Supian Musa.

Antara anggota barisan hadapan yang menerima sumbangan juadah tengah hari itu ialah petugas di PKOB, anggota PDRM dan Tentera yang bertugas di tiga stesen Sekatan Jalan Raya (SJR), anggota Penyelaras Bantuan Makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Anggota Pertahanan Awam, pasukan Sukarekawan Malaysia (RELA) dan juga pengamal media yang bertugas di lapangan.

SIMBOLIK.Dhalip (dua dari kiri), bersama Rozman (tiga tengah) dan Ibrahim (dua kanan) menerima pak makanan tengah hari dari Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan di Wisma Perbadanan Labuan

Sementara itu, Dhalip ketika ditemui berkata, sumbangan makanan nasi briyani ayam itu adalah sebagai tanda penghargaan Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan kepada barisan hadapan COVID 19 yang bertugas di lapangan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sementara itu, Ibrahim yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Dr. Fary Akmal Osman mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang tidak henti henti untuk menyalurkan bantuan makanan kepada anggota barisan hadapan.

Bagaimanapun katanya, mereka yang ingin menyumbang makanan harian kepada anggota barisan hadapan di saran supaya menghubungi terlebih dahulu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi mendapatkan jadual penghantaran yang sesuai agar makanan yang hendak disumbangkan tidak bertindih dengan penyumbang lain bagi mengelakkan pembaziran.

“Mereka yang ingin menyumbang makanan terutamanya makanan tengah hari perlu menghubungi PKOB bagi mendapatkan tarikh atau masa yang sesuai sebelum sumbangan di buat. Ini bagi memastikan setiap sumbangan murni itu tidak bertindih sekaligus mengelakkan pembazairan” katanya. TAMAT




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN