31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

‘Dengar dan Patuhi’ arahan, putuskan rantaian Covid-19

Oleh: Jainuddin Nasir

RANAU: ‘Dengar dan Patuhi’ segala arahan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, kata salah seorang beliawanis dari Kg.Malinsau Ranau, Jovinah Binti Joiny (gambar).

Beliau berkata, apapun usaha kerajaan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan masyarakat antarabangsa, perlu dipatuhi agar tidak menjankiti rakyat negara ini.

“Kita khuathir dengan kealpaan masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan fahaman politik akan dijangkiti wabak yang sukar dilihat itu dengan mata kasar kita, jika tidak akur dengan arahan kerajaan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan”, jelas Jovinah.

Beliau menyatakan demikian sebagai reaksinya terhadap perkembangan  jumlah bilangan kes  jangkitan Covid-19 di Sabah dan seluruh negara yang menunjukkan peningkatan.

Menurutnya, pematuhan  SOP seperti mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter antara individu,.memakai pelitup separuh muka, kerap membasuh tangan dengan air sabun atau sanitizer dan tidak mengunjungi kawasan sesak dengan ramai orang adalah antara SOP yang patut dipatuhi oleh semua orang.

“Jangan leka atau lalai dengan pematuhan SOP yang  dikuat-kuasakan, meskipun kita sudah menerima dua suntikan Vaksin Covid-19”, tambahnya.

Beliau turut memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa suntikan vaksin Covid-19 itu walaupun sudah lengkap dua kali suntikan, namun bukanya sebagai ubat sebaliknya hanyalah sebagai antibodi untuk mengekang daripada jangkitan Covid-19.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN