26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Degil!, tiga individu ditangkap dan direman kerana ingkar PKP Fasa 3

0leh:Aduka Jasnin Suman

RANAU: Degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3, tiga lelaki tempatan ditangkap di Kampung Liwagu, Kundasang kemarin dan direman bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton ketika mengesahkannya berkata, ketiga-tiga individu terbabit berumur diantara 50 hingga 65 tahun.

Katanya, mereka telah ditangkap sepasukan anggota polis dalam kejadian lebih kurang 7.05 malam ketika sedang leka minum minuman keras dekat Jambatan Sungai Liwagu, Kundasang.

DSP Sammy Newton

“Ini merupakan tangkapan pihak polis pada hari pertama PKP fasa ketiga dilaksanakan bermula kemarin, 15 April.

“Seperti diumum kerajaan, bagi PKP fasa ini, polis tidak akan lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari PKP sebaliknya akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.

“Tertuduh akan disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun keseksaan dan Peraturan 11(1) Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit ( Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2020,” jelasnya kepada media hari ini.

Beliau  juga memberitahu, bagi PKP fasa 1 dan 2, sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka  berkaitan kesalahan melanggar PKP dengan tangkapan seramai sembilan lelaki tempatan berumur 16 hingga 58 tahun.

Katanya, polis telah mengeluarkan sebanyak enam kompaun berjumlah RM1,000 seorang ke atas enam lelaki tempatan berumur antara 22 hingga 33 tahun kerana didapati melanggar PKP sepanjang tempoh fasa 1 dan 2.

“PKP telah memasuki fasa ketiga perlaksanaannya, justeru polis mengingatkan orang awam  dengan tegas supaya mematuhi perintah atau berdepan tindakan lebih tegas seperti contoh tiga individu yang telah ditangkap, direman dan akan dituduh di mahkamah,

“Polis tidak lagi berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar arahan sepanjang PKP fasa 3. Dan ini dilakukan demi kepentingan dan keselamatan awam dari dijangkiti virus Covid-19 yang kini telah meragut ratusan ribu nyawa seluruh dunia,” tegas DSP Sammy. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN