Sangkar (duduk dua dari kiri) bergambar bersama Ketua-Ketua DRAF yang menerima sijil anugerah pembela budaya dan selendang merah pada majlis
KENINGAU: Dayak Rights Action Force (DRAF) terus berpenanan mempertahankan hak-hak pribumi orang asal Sabah.
Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam berkata, Pertubuhan ini juga mampu memelihara adat dan budaya serta menghormati agama masing-masing serta menyatupadukan kaum Dayak orang asal borneo.
Katanya, beliau menyokong serta sentiasa bersama dalam merealisasikan objektif pasukan ini di Sabah iaitu melalui usaha mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat dayak dengan masyarakat umum.
Selain itu katanya, mempertahankan dan mengekalkan kebudayaan masyarakat kaum dayak selain menjalankan kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat.
Sangkar yang juga Ketua Cabang PKR Keningau berkata demikian pada majlis makan malam DRAF Sabah di salah sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Pada majlis itu beliau dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan turut memberi sumbangan kepada persatuan berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu Atung daripada PEDABRO, Yan daripada PANDARAS, Kelab Tarian D’olumis, Kebudayaan Kampung Kadalakan dan Panglima Odu Dabaai dari Perguruan Tambak Baya.
Turut diadakan pada majlis itu, penyampaian sijil dan selendang merah anugerah pembela budaya Borneo kepada setiap Ketua DRAF daerah.



