27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Datuk  Robert Tawik terima kunjungan hormat  daripada J/kuasa Bertindak Masalah Air Kampung Bukit Permai, Manggatal

Robert bergambar bersama Dr. Saiman (kiri)dan rombongan Jawatankuasa Bertindak Masalah Air Kampung Bukit Permai, Menggatal. 

KOTA KINABALU:Pembantu  Menteri Kerja Raya Datuk  Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat  rombongan daripada Jawatankuasa Bertindak Masalah Air Kampung Bukit Permai, Manggatal yang telah diketuai oleh Datuk Dr. Saiman Sandah di pejabatnya baru-baru ini.

Pada kunjungan itu Dr. Saiman dan rombongan telah menyampaikan masalah bekalan air Kampung Bukit Permai yang perlu diatasi untuk keselesaan penduduk.

Dr. Saiman berharap masalah bekalan di kampung itu dapat diatasi secepat mungkin.

Sementara itu Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, beliau akan membawa masalah ini untuk tindakan pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

“Air adalah keperluan asas harian penduduk justeru itu tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi masalah itu” katanya.

Pada hari yang sama Robert menyampaikan Jersi kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Kementerian Kerja Raya Sabah yang diterima oleh Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Haji Mohd Jasmin Julpin.

Turut hadir pada majlis ringkas penyerahan itu Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Benedict Asmat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN