27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Datuk  Robert Tawik sumbang kerusi roda

Jennifer (tiga dari kiri)bersama rombongan menyampaikan kerusi roda kepada Puan Aminah.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Tawik @ Nordin sumbangan kebajikan berupa sebuah kerusi roda kepada Puan Aminah Aranting di Kampung Kumawanan Bingkor.

Selama ini Puan Aminah memerlukan alat sokongan untuk memudahkan pergerakan beliau samada di rumah mahupun semasa mendapatkan rawatan di Hospital.

Sumbangan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah itu disampaikan oleh Ketua Wiranita STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor Puan Jennifer Epil.

Jennifer yang mewakili Robert berkata, semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga Puan Aminah dan dapat memberikan keselesaan kepada beliau.

Jennifer (tiga dari kanan)bersama rombongan menyampaikan kerusi roda kepada Puan Lungkining.

Turut menerima sumbangan yang sama, Puan Lungkining Simagon di Kampung Kuangoh Bungkor.

Puan Lungkining juga memerlukan alat bantu untuk memudahkan pergerakan beliau.

Turut sama Ketua Wiramuda STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor Florian Ilon @ Jai, Pengerusi JPKK KampungKumawanan Puan Jamilah Bianus dan AJK Wiranita STAR Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN