Datuk Robert Tawik pulilh dari jangkitan Virus Covid-19

Oleh: Marutin Ansiung

Robert….telah pulih dan dicaj dari Pusat Rawatan hari ini (17 Januari)

KENINGAU: Pebantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik telah pulilh dari jangkitan Virus  Corona dan discaj  dari Pusat Rawatan Kompleks Sukan Keningau hari ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor disahkan positif COVID-19 pada 6 Januari yang lalu dan seterusnya menjalani rawatan di Pusat Rawatan Covid-19 di Dewan Kompleks Sukan Keningau sejak 8  Januari. 

Robert mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat beliau terutamanya kepada Pengarah Perubatan MMC Hospital Keningau Dr Moses Wong Y.K, Pengarah Hospital Keningau Dr Lolly Jeffry,  Ketua Pusat Kuarantin IPG Keningau Dr Kevin Isaac Joseph, Pegawai Kesihatan Keningau Dr Mohd Norhaizam, Pegawai Kesihatan Persekitaran Keningau Dr Solomon Paul dan semua kakitangan KKM yang bertugas di Pusat Kurantin. 

“Jasa dan khidmat mereka tetap dikenang” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini hari ini.

Robert juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan, keluarga dan para penyokong atas sokongan dan doa-doa mereka.

Selain itu Robert merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan yang telah bekerja dengan penuh dedikasi tanpa mengenal penat dan lelah. 

“Mereka juga telah mengorbankan masa dan tenaga dalam menangani COVID-19. Kita beruntung kerana ada mereka dan kita sangat berterima kasih kepada mereka” katanya.

Pada masa sama Robert merayu kepada masyarakat di kawasan ini agar mematuhi SOP yang telah ditetapkn oleh kerajaan khususnya KKM dan MKN. 

Semasa PKP ini katanya, masyarakat perlu berada di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar. 

“Patuhlah arahan yang ditetapkan semasa PKP” katanya.