31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Datuk Faimin Kamin, Pengerusi PPK Kinabalu yang baharu

Faimin (duduk tengah) merakam gambar bersama barisan Ahli Jemaah Pengarah PPK Kinabalu Sesi 2021-2023.

RANAU: Mantan Pegawai Daerah Ranau Datuk Haji Faimin Kamin, dipilih sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang (PPK) Kinabalu yang baharu bagi sesi 2021-2023.

Terdahulu, Faimin memperolehi 161 undi untuk melayakkan beliau berada dalam barisan tujuh orang AJP sebelum dipilih sebagai pengerusi melalui undi daripada AJP.

Faimin menewaskan calon yang turut dicadangkan bertanding untuk jawatan pengerusi iaitu Datuk Amisah Yassin.

Amisah yang dipilih semula sebagai AJP pada pemilihan kali ini merupakan penyandang jawatan pengerusi PPK Kinabalu menggantikan tempat Allahyarham Datuk Haji Jaimin Samitah yang meninggal dunia 09 Ogos lalu.

Selain Faimin dan Amisah, lima lagi calon AJP yang menang daripada 25 calon bertanding ialah Rapilin Paiman, Suhaimi Manjun, Kohadie Watiman, Malakim Gapang dan Massilin @ Masilin Ibrahim.

Pemilihan yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, pada Khamis turut memilih dua orang Peladangnita dan Peladang Muda menggangotai AJP.

Peladangnita terdiri, Jaini Majid dan Selhajini Rasmin. Manakala Azizul Julirin dan Farehah Wasli, mewakili Peladang Muda.

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu Kali ke 50 yang bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, telah dirasmikan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Mohd Nazri Bin Abdullah.

Sementara itu, Faimin dalam satu hantaranya di Facebook mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua perwakilan Unit Peladang Kawasan Kinabalu yang telah menjalankan tanggungjawab mengundi untuk memilih barisan Ahli Jemaah Pengarah.

“Terima kasih kerana telah memberikan undi terbanyak kepada saya”, katanya sambil mengharapkan gandingan muka lama dan baharu, PPK Kinabalu yang telah sedia kukuh akan dapat diperkasakan lagi sebagai wadah perjuangan ahlinya.

Faimin yang sebelum ini pernah menganggotai barisan Ahli Jemaah Pengarah, PPK Kinabalu menerusi kouta lantikan turut mengucapkan terima kasih kepada barisan AJP kerana memberikan mandat kepada beliau sebagai Pengerusi.

“Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Urusetia dan Pendaftar Pertubuhan kerana telah berjaya melaksanakan tugasan dengan cemerlang.

“Kepada Datuk Nazri Abdullah, selaku Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), terima kasih saya ucapakan atas kesudian hadir menyempurnakan Perasmian,” tambah Faimin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN