Dari kiri Annie (guru), Daphne (kakak) Alexandra (adik)dan Lydia (ibu).
DUA adik beradik Daphne Emerald dan Alexandra Emery adalah antara penerima Top 100 Teen Award 2022 daripada Asia Pasific International book of Records.
Daphne pelajar tingkatan 5 dan Alexandra tingkatan 1 di SMKJ Ken Hwa Keningau Sabah dianugerahkan award Top 100 Teen Award 2022 manakala Guru Vokal mereka Annie Ku dianugerahkan Top 100 Educator Award 2022.
Mereka terpilih kerana telah banyak menyertai dan menang dalam pertandingan peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Lydia Teo ibu mereka yang menjadi tulang belakang yang juga merupakan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau juga dianugerahkan Top 100 Educator Books of Records award 2022.
Asia Pasific International Book Of Records menganugerahkan award kepada penerima yang layak dalam satu majlis yang berlangsung di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highland Pahang pada 4 Jun lepas.