PENGHARGAAN…Abdul Hakim menyampaikan cenderahati PPZ kepada Ketua Kampung Tg. Aru, Harun Damit.
LABUAN: Dana yang diperlukan untuk membina Surau Al- Kausar di Kawasan Jabatan Kesihatan Membedai yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( PPZ-MAIWP) mencapai sasaran hasil kerjasama 27 Ketua Ketua Kampung.
Ketua Pegawai Eksekuti PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Rahim berkata, kempen Wakaf Surau Al- Kausar yang dijalankan selama enam bulan yang berakhir pada 31 Mac 2025 telah berjaya mengutip dana Wakaf sebanyak RM547, 400.00 sekaligus melengkapkan dana bagi pembinaan surau tersebut.
‘Pencapaian ini adalah hasil daripada sokongan padu daripada penduduk kampung yang menyumbang dengan penuh keikhlasan…sesungguhnya nilai wakaf ini bukan diukur pada jumlahnya semata-mata tetapi pada niat dan keikhlasan.. Walaupun RM1 ia tetap menjadi saham akhirat yang pahalanya kekal berpanjangan “, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Wakaf Surau Al-Kausar yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Khamis.
Pada majlis itu seramai 27 Ketua Ketua Kampung menerima cenderahati PPZ sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan dalam menyokong kempen Wakaf Surau Al-Kausar.
Sementara itu, Kampung Durian Tunjung dan Kampung Tanjung Aru merupakan kutipan dana terbanyak berjaya di kumpul masing masing mencecah RM29, 000.00 dan RM23, 000.00.
“PPZ-MAIWP merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh komuniti Labuan yang telah memberikan sokongan padu sepanjang tempoh kempen ini berlangsung dan akan terus komited dalam memupuk kesedaran wakaf serta memperluaskan manfaatnya kepada seluruh masyarakat Wilayah Persekutuan”, katanya.
Projek surau Al-Kausar ketika ini sedang berada dalam fasa pemilihan kontraktor oleh pihak Jawatankuasa Surau Al-Kausar Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan dan pembinaannya dijangka bermula pada hujung tahun ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Samsudin Sidek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud, Pengarah Jabatan Kesihatan Nereri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Francis Paul dan Pengurus MAIWP Labuan, Fadzli Md. Saad.



