Jalani (duduk dua kiri) merakam gambar bersama rombongan dari Pahang.
RANAU: Aduan pelawat yang mendakwa semua yuran masuk ke beberapa destinasi pelancongan di daerah ini dan Kundasang telah meningat naik adalah tidak benar dan sengaja dimuat-turun menerusi watsap dan SMS oleh segelintir pamandu pelancong tidak bertanggungjawab sengaja memuat-turun isu palsu dan tidak benar sama sekali.
Bebarapa pengunjung atau pelancong dari Semenanjung menafikan seperti yang diviralkan ada kenaikan yuran masuk ke lokasi-lokasi menarik di Ranau dan Kundasang.
Ketua rombongan yang mengetuai 28 orang pelancong dari Negeri Pahang Darul Makmur, Jalani Bin Harun berkata, dakwaan yang viral itu adalah sengaja dibuat dikalangan Pemandu Pelancong (Guide) dan pemandu kenderaan pelancongan yang sebenarnya sengaja mendakwa kenaikan yuran termasuk tambang atau sewa kenderaan adalah mereka yang cuba mengambil keuntungan.
“Kami mendapati semua kos masuk atau sewa kenderaan ke lokasi menarik di Kundasang dan Ranau adalah seperti biasa dan tiada kenaikan atau perubahan sewa kenderaan pelancongan dan bayaran masuk adalah seperti biasa, tiada sebarang kenaikan bayaranpun”, jelas Jalani ketika ditemui ketika rombongannya melawat Bombon Marakau, Ranau Rabbit Farm Mounth Sky Bike, Dairy Farm Mosilou Kundasang Sabah Teh Nalapak dan Tagal Luanti Nalapak baru-baru ini.
Ramai ahli rombongan dari Semenanjung itu yang sempat di temui berasa bangga dan rasa bertuah kerana berpeluang melawat ke tempat menarik di Sabah termasuk Jambatan Tamparuli, yang menyambut ketibaan mereka dengan Tarian Tradisi suku kaum Dusun tarian ‘Sumazau’ dan melawat Rumah Tebalik juga di daerah Tamparuli.