25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Ranau paling banyak laksana sistem Tagal

OKK Muhasip merakam gambar selepas menandatangani pluk perasmian Tagal Tradisi sungai Nawanon Kieyip 1 Ranau.

RANAU: Daerah ini satu-satunya daerah di Sabah paling banyak melaksanakan sistemTagal (Bombon)  melibatkan sebanyak 109 batang sungai di daerah berkenaan.

Ketua Daerah Ranau OKK Muhasip Bin Haji Ruman mendedahkan jumlah itu ketika berucap merasmikan Tagal  Tradisi sungai Nawanon Kieyip , di Ranau baru-baru ini.

OKK Muhasip menyeru penduduk termasuk generasi baru agar memulihara eko sistem sesebuah sungai khususnya yang sudah di tagal untuk mengekalkan hidupan dalam yang ada khususnya spesis ikan untuk  diwarisi generasi akan datang.

“Penduduk perlu mengekalkan tahap kebersihat sungai terutama air sungai yang sudah ditagal agar hidupannya tidak musnah dengan kerakusan golongan tidak bertanggungjawab yang biasanya menggunakan bahan letupan atau racun kimia untuk mendapatkan ikan.

“Penggunaan bahan letupan ‘Bom Ikan’ dan racun kimia sebagai cara untuk menangkap ikan merupakan satu kesalahan dan mereka yang dikenalpasti terlibat harus dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman denda termasuk penjara jika sabit kesalahan”, tegas OKK Muhasip sambil menambah ‘Sistem Tagal’ adalah yang terbaik memelihara spesis ikan dan hidupan air yang lain untuk dinikmati generasi akan datang.

Beliau mengharapkan  tagal  tradisi yang baharu itu dapat berfungsi dan dijaga sebaik mungkin demi manfaat penduduk seluruhnya.

Turut hadir dan berucap ialah Ketua Pejabat Pengarah Perikanan Sabah, merangkap Ketua Unit Tagal Sabah, Bernedeth Joseph dan  Penguasa Perikanan Daerah Ranau, Ramlie@Ramli Bin Raiman dihadiri ratusan penduduk setempat.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN