31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Contohi kehebatan Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah: Harun

BERSAMA PESERTA…Barisan belakang berbaju putih Harun merakamkan gambar kenangan bersama dua pasukan perlawanan pembukaan kejohanan tersebut.

OLEH:HJ MOHD AMIN HJ MUIN
DAN A.JALIL MADARIN

PITAS: Penglibatan pasukan bola sepak wanita dari pelbagai kampung di daerah ini perlu ditambah sekiranya masih ramai golongan wanita yang berminat dengan bidang bola sepak salah satu sukan yang tersohor sejak zaman berzaman lagi kata, Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah [PGRS] Bahagian Pitas Datuk Haji Harun Haji Ismail.

Katanya, beliau amat berasa bangga kerana di daerah ini masih ada kampung yang membangunkan pasukan bola sepak wanita walau pun pada mulanya hanya popular di kalangan kaum lelaki.

“ Tiga pasukan bola sepak yang ditonjolkan hari ini merupakan contoh atau rintis kepada golongan wanita yang berminat dengan permainan ini untuk turut serta mengambil bahagian,”katanya.

Berucap pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran Belia Kampung Petani Pitas dekat sini Harun berkata kejayaan kehebatan skuad bola sepak negeri yang terkuat di negara ini wajar dicontohi oleh pasukan-pasukan dari daerah-daerah lain.

Harun menyarankan agar permainan bola sepak di daerah ini khasnya agar diperkembangkan untuk melahirkan bakat-bakat baru sebagai pemain pelapis bukan saja untuk daerah malah negeri dan negara.

‘’Teruskan aktiviti yang banyak manafaat kepada kesihatan tubuh badan kita ini selain dapat mengeratkan silaturahim dan semangat perpaduan diantara pengiat sukan dengan masyarakat keseluruhannya,’katanya.

Harun yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil dan Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) menyumbang sebuah mesin rumput untuk kegunaan membersihkan padang bola sepak Kampung Petani.

MESIN RUMPUT… Harun (kanan) menyampaikan mesin rumput kepada Jaipin disaksikan oleh Tahfiz (dua dari kanan) Ariffin (dua dari kiri) dan yang

Terdahulu, Pengerusi penganjur kejohanan Tahfiz Jumadhan bin Takmad berkata, kejohanan bola sepak sembilan sebelah kali ini di sertai oleh sebanyak 17 buah pasukan lelaki dan tiga pasukan bola sepak wanita dari pelbagai kampung di daerah ini.


Beliau mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Harun yang memenuhi permintaan mereka di Kampung Petani ini bukan sahaja di undang sebagai perasmi kejohananan ini malah sebagai penaja utama kejohanan.

Katanya kejohanan ini dianjurkan antara lain bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan pemain yang majarotinya golongan belia dengan masyarakat setempat disamping mencungkil bakat untuk di ketengahkan di kejohanan peringkat daerah khasnya bagi mewakili daerah Pitas di kejohanan pelbagai peringkat di masa akan datang.


Katanya, sebagai penganjur kejohanan merekai akan meneruskan kejohanan ini dari masa kesemasa sesuai dengan slogan “Majulah Sukan Untuk Negara”.

Berikut keputusan kejohanan bola sepak sembilan sebelah bagi kategori Wanita. Johan disandang oleh Pasukan X-S 2025, naib johan dimenangi oleh pasukan Pose A dan tempat ketiga jatuh kepada Petani Baru.


Bagi kategori lelaki Johan disandang oleh pasukan Datong FC, naib johan dimenangi oleh Zebra Mix dan menduduki tempat ketiga jatuh kepada pasukan Goba FC. Kesemua pemenang masing-masing membawa balik hadiah berupa wang tunai, piala, medal, sijil dan hamper.

Semua hadiah kemenangan disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas Ariffin Matasin mewakili Harun.


Hadir sama, Pegawai Khas kepada Harun, Ikmal Atong mengetuai warga kerja Harun, Pegawai Kemajuan Masyarakat Daerah Pitas, Ariffin Matasin, Ketua Belia merangkap Ketua Padang Kampung Petani Jaipin Mergunzil.

Turut hadir, Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK Kampung Petani Pitas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN