29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Contohi kaum Tionghua dalam mengurus perniagaan: Hisyamuddin

GIMIKā€¦Acara memotong Kek Ulang Tahun ke-20 Perabut Liang Ranau oleh para kenamaan.

RANAU: Kaum bumiputera tempatan disaran supaya mencontohi kaum Tionghua dalam mengurus dan mentadbir sesuatu perniagaan sehingga memperoleh kejayaan meskipun bermula secara kecil-kecilan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan, Hisyamuddin Bin Harun berkata, kebiasaan warga tempatan mengalami kerugian dalam bidang perniagaan adalah disebabkan kurang bijak mengurus perniagaan mereka dan  akhirnya menemui kegagalan.

“Justeru jangan malu dan segan berbincang untuk mendapatkan tunjukcara atau idea positif kepada ahli perniagaan dari kaum Tionghua kerana mereka bijak mengurus perniagaan dengan baik”, jelas Hisyamuddin ketik berucap merasmikanĀ  SambutanĀ  Ulang Tahun Perabot Liang Ranau Sdn Bhd yang ke-20 tahun pagi tadi yang dihadiri lebih 100 ahli perniagaan Tionghua Ranau dan dari beberapa ahli peniagaan dari daerah lain di Sabah.

Staff Perabut Liang Ranau yang menerima Sijil Penghargaan.

Hisyamuddin memuji pe gusaha Perabot Liang Ranau kerana telah berusaha dengan gigih dan mencapai kejayaan perniagaan membanggakan yang kini sudah mencapai 20 tahun beroperasi.

“Kejayaan seumpama ini perlu dicontohi kerana sudah maju selain memberi peluang kepada penduduk tempatan sebagai pekerja”,tambah Hisyamudin mewakili  Pembantu Menteri kepada  Ketua Menteri, merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Sementara itu pemilik Premis Perabot Liang,  Chin Yun Hing dalam ucapan aluannya berterima kasih atas kehadiran Hidyamuddin dan para jemputan yang lain.

“Saya juga berterima kasih atas kehadiran President Ahli Dewan Perniagaan Tionghua Ranau yang juga Presiden Persatuan Hakka Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong bersama Datinnya kerana sudi hadir ke  majlis ini.

“Kehadiran anda semua adalah satu sokongan terhadap  Perabot Liang agar terus maju ke hadapan sebagai satu penjual barangan perabot dan pelbagai barangan lain yang berkualiti tingggi dengan harga yang mampu milik”, jelas Chin.

Turut disampaikan sempena majlis itu ialah, sumbangan  kepada empat penerima iaitu, Rumah Penjagaan  Anak-Anak Yatim dan Asnaf Ranau, Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau dan Bantuan Mangsa Banjir Ranau.

Turut menerima cenderamata ialah 12 orang staff Perabot Liang dan para penderma menjayakan majli sambutan UlangĀ  Tahun ke-20 Perabot Liang.

Juga cara menarik pada majlis tersebut ialah, CabutanĀ  Bertuah berupa sebuah kereta, Motosikal dan barangan elektik yangĀ  bernilai keseluruhan RM100 ribu.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN