MENERUSI kisah yang tular baru-baru ini di media sosial, seorang lelaki berkongsikan kisah manisnya bertemu suri hatinya.
Melalui hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @mat_din official ini, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Din menceritakan bahawa dia yang berasal dari Terengganu itu telah dihantar bertugas sebagai guru di Sarawak.
Semasa bertugas di sana, Cikgu Din mengenali seorang gadis yang juga anak muridnya. Tapi masa itu memang hubungan mereka hanya sebagai guru dan pelajar.
Namun jodoh tidak kemana. Walaupun jarak umur 10 tahun, gadis tersebutlah yang jadi peneman hidup Cikgu Din dan pada 12 Julai yang lalu, mereka telah selamat disatukan.
Hantaran Cikgu Din mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini video tersebut dah meraih lebih dari 1 juta tontonan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaikan tidak percaya dengan kisah Cikgu Din ini serta ada juga yang nak tahu lebih lanjut siapa yang mengaku dulu. Namun ramai juga yang berkongsi kisah nakal mempunyai minat terhadap cikgu masing-masing dulu.
Sumber: Bulletin Malaysia