Saibeh (kanan) menyampaikan pelantikan Penolong Kanan Kokurikulum kepada Irene.
TENOM: Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cinta Mata Tenom, Irene Josie Sambang kini dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa di sini.
Pelantikan ini menyaksikan beliau berkhidmat secara hakiki dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG48.
Penyampaian secara rasmi pelantikan Irene disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Saibeh Abdul Sani di Pejabat Pendidikan Daerah di sini pada Jumaat.
Sebelum ini Irene bertugas di SMK Cinta Mata, Tenom, sebuah sekolah berprestasi tinggi di daerah ini yang turut dikenali dengan pencapaian akademik cemerlang.
Sepanjang tempoh berkhidmat di SMK Cinta Mata, Irene memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar-pelajar dan meningkatkan prestasi teknikal serta vokasional sekolah.
Beliau juga menerima penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2022 peringkat Jabatan Pendidikan Sabah.
Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Saibeh Abdul Sani, pelantikan Irene Penolong Kanan Kokurikulum
di SMJK Chung Hwa menunjukkan pengiktirafan atas komitmen dan kecemerlangannya dalam bidang pendidikan.
Katanya, sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, beliau kini bertanggungjawab menyelia dan meningkatkan program kokurikulum sekolah dengan fokus pada pencapaian pelajar dalam aktiviti luar dan dalam bilik darjah , serta meningkatkan pencapaian sekolah dalam aspek ilmiah, sukan, seni, dan budaya.
Seluruh warga pendidikan di Tenom dan rakan sekerja turut berbangga dan mendoakan agar Irene terus sukses dalam membawa sekolah ini ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.
Irene Juga merupakan Ketua Biro Pendidikan dalam Persatuan Etnik Murut Timugon Sabah (PEMTS).