GAMBAR: CHRISTINE (duduk tengah) AJK PBSM sesi 2021-2024
LABUAN: Christine Mungge berjaya mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan (PBSM) selepas dipilih sebulat suara pada Mesyuarat Agung PBSM bagi penggal 2021-2024.
Mesyuarat yang diadakan di Hotel Melati Inn pada Rabu itu turut menyaksikan Norabizah @ Christine Tadin dipilih sebagai Timbalan Pengerusi PBSM Wilayah Persekutuan Labuan, Wong Foo Fook sebagai Naib Pengerusi (I) dan Mazdi Salleh sebagai Naib Pengerusi (II).
Manakala, Norisam Samsudin di pilih sebagai Setiausaha Kehormat, Clemence Heng Pei Shih sebagai Bendahari Kehormat, Chin Yin Min sebagai Pengarah dan Saiful Adha Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO),
Turut dipilih enam orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) termasuk Penguasa Jururawat Hospital Labuan Sister Noryati Binti Ali.
Christineyang mempunyai pengalaman dalam bidang kesukarelaan khususnya dalam PBSM mula berkecimpung dalam bidang kesukarelaan sejak dibangku sekolah lagi dan pernah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) PBSM sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah dan seterusnya Pengerusi PBSM Wilayah Persekutuan Labuan.
Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Muda Komunikasi Masa (Kepujian) merupakan seorang yang aktif mengikuti pelbagai kursus angjuran Ibu Pejabat Kebangsaan dan juga International Federation of Red Cross Red Crescent.
Salah satu usaha yang akan dilakukan beliau selepas dilantik sekali lagi sebagai pengerusi adalah untuk menarik lebih ramai lagi golongan belia untuk menyertai PBSM sebagai sukarelawan.
Katanya sehingga kini, dianggarkan lebih 300,000 ahli telah menyertai PBSM di seluruh negara dan dua pertiga daripadanya merupakan golongan belia.
Selain daripada itu, beliau juga akan memperkenalkan pengajaran asas pertolongan cemas kepada seluruh isi rumah khususnya di W P labuan bagi memberi kesedaran akan kepentingan ilmu pertolongan cemas pada saat kecemasan.
“Saya juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan dan lawatan rasmi dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta seperti Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Belia dan Sukan(JBS) dan pejabat Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi menjalinhubungan yang lebih akrab disamping bekerjasama dalam mengadakan program-program kemasyarakatan”, katanya kepada Borneo Daily Bulletin (BDB) di sini.