Gambar menunjukkan Liew (kedua dari kanan) sedang menyampaikan juadah berbuka puasa kepada Setiausaha Masjid Razali Mohd Lais di Masjid Al-Mawaddah Taman Seri Gaya di Kota Kinabalu.
SELAMAT BERBUKAÂ PUASA…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api, Datuk Christina Liew telah memberi sumbangan kepada masyarakat Islam sempena dengan bulan Ramadan tahun ini.
Dalam satu lawatan ke beberapa lokasi anjuran Pejabat ADUN N.20 Api Api baru-baru ini, beliau telah menyampaikan pelbagai jenis juadah berbuka puasa berupa bubur kacang, mee goreng, kurma, kuih-muih dan lain-lain lagi.
Liew diiringi oleh Grace Lee, seorang pegawai dari Pejabat ADUN Api Api.