Sophian menyerahkan dokumen LAFA sebagai simbolik perlepasan jawatan Presiden kepada Cheong Shan Shi sambil diperhatikan AJK LAFA yang baharu..
LABUAN: Pengasas Kelab Bola Sepak ST Labuan, Cheong Shan Shi dipilih sebgai Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) yang baharu bagi sesi 2025-2027.
Beliau dipilih selepas penyandangnya, Sophian Said tidak mempertahankan jawatan itu pada Mesyuarat Agung LAFA yang diadakan di Desa Tunas, pada Jumaat.
Sementara itu Presiden Kelab Bola Sepak Marlin FC, Ramlee Abdull Rashid dipilih sebagai Timbalan Presiden LAFA sesi 2025-2027.
Manakala tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan pada mesyuarat itu masing masing dimenangi oleh Mohd. Nazri Sabtu, Erma Sazali Jahari dan Roslan Haji Kario.
Sementara itu, Shaharedzuan Mohd Salleh mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agong LAFA selepas dipilih semula ahli ahli yang hadir pada mesyuarat itu.
Timbalan Setiausaha Agong disandang oleh Dayang Shamisah, manakala jawatan Bendahari dimenangi oleh Mejer Azmil Dulapin
Turut dipertandingkan pada mesyuarat itu ialah sembilan Ahli Jawatan kuasa (EXCO) baharu yang masing masing dimenangi oleh Mazidi Rosli , Riwan Reda, Muliadi Samat, Azmi Omar, Sufian Jumat, Jul Fazizul dan Wera Suboh.
Bagi jawatan juru Audit dimenangi oleh Syamsul Hairie Yunus dan Kasryanto Kasdi.
Lebih 50 ahli i daripada beberapa kelab bola sepak yang bernaung di bawah LAFA hadir untuk memilih pembentukan jawatankuasa baharu LAFA sesi 2025-2027.
Sementara itu, Cheong Shan Shi
mengucapkan terima kasih atas peluang diberikan kepada beliau sebagai Presiden LAFA yang baharu.
Katanya, beliau bersama AJK yang terpilih akan berusaha melaksanakan tanggungjawab sebaikmungkin bagi memastikan pembangunan bola sepak Labuan terus bersinar seperti era tahun 80/90 an yang berjaya melahirkan pemain sehingga ada yang mewakili negeri dan negara di pentas antarabangsa.



