28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Charles Lee memilih STARSABAH sebagai wadah perjuangan politik.

Robert menerima borang keahlian STARSABAH daripada Charles.

KENINGAU: Seorang peniaga di sini Charles Lee Kong Yaw memilih Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) sebagai wadah perjuangan politik.

Charles menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden Parti STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin di Pejabat ADUN Bingkor kelmarin.

Robert yang juga ADUN Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya Mengucapkan tahniah kepada Charles kerana memilih Parti STARSABAH sebagai platform perjuangan dalam berpolitik.

STARSABAH sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin bersama-sama dalam parti ini, jelas Robert yang baru juga mengekalkan selaku Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan bahagian itu baru baru ini.

Beliau menaruh harapan STARSABAH terus mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang di negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN