24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Cetus Kontroversi , Laporan Polis Dibuat Terhadap Akjan

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN


RANAU: Satu laporan polis telah dibuat terhadap  seorang pemimpin kaum Suluk, Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhammad kerana didakwa mencetuskan kontroversi, bermain sentimen perkauman. 


Laporan dibuat oleh sekumpulan ahli perniagaan tempatan di sini, diketuai Azman Bin Mohammad, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau, hari ini.

LAPORAN POLIS….Azman ( ketiga kiri) bersama sebahagian ahli perniagaan tempatan selepas selesai membuat laporan polis.


Menurut Azman, baru-baru ini Akjan telah memuatnaik satu rakaman video menerusi YouTube berdurasi 12 minit 46 saat sebelum tular di media sosial.


“Dalam video tersebut, Akjan telah memberitahu kepada sekumpulan orang bahawa hanya Suluk, Bajau, Simunul dan Kedayan adalah Pribumi Kelas Pertama mengikut Perlembagaan Sabah. Beliau (Akjan) tidak menyebut DusunKadazan.

“Sentimen perkauman seperti ini tidak sepatutnya timbul, dipertikai dan dibahaskan di khalayak ramai sekiranya tiada bukti dan hanya merujuk kepada fakta yang tidak jelas,” katanya.

FOTO…. Akjan (kanan) bersama sebahagian yang hadir dalam satu majlis tertutup baru-baru ini

Menurutnya lagi, tindakan Akjan itu juga boleh menimbulkan salah faham dan kekecohan  di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. 

“Siapa Akjan yang mengeluarkan kenyataan seperti itu?” kata Azman sambil menggesa pihak polis untuk menyiasat  Akjan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga keharmonian sedia wujud di negeri ini. – TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN